Jumaat, 30 November 2012

PENCINTA HAIWAN


Ari nie dierah nak cite pasal tjuk kat atas tu PENCINTA HAIWAN dierah salah satu orangnya Hehehe..Dierah suka haiwan suka sangat2 ayh dierah pun suka tpi ibu dierah tak suka sangat tapi dierah jaga rawat mereka semua dengan baik..Tak pernah tau dierah susahkan ibu dierah siap promise lagi macam nie “ibu akak janji kalau akak tak jaga CICO,AMEL dan lain2 dengan baik ibu boleh bagi kat orang itu janji akak”Itu janji dierah dengan ibu dierah laa...So dierah jaga mereka dengan sebaik2nya..dierah sayang mereka macam mana dierah sayang fmily dierah..Mereka semua adalah sebahagian hidup dierah tanpa mereka hidup dierah akan rasa sunyi mereka peneman pendengar setia dierah bila dierah sedih marah semua dierah cite kat mereka dan mereka jugak faham perasaan dierah bila dierah sedih ade je mereka semua nak menghiburkan dierah...

Dierah ade 3 ekor kucing 2 arnab 1 igauna...kesemuanya JANTAN okk..Hehehe...dulu dierah ade kucing jantan nama die CICAK time dierah form 1..Hehehe...mesti korang semua pelikk kan npe nma die cicak...Tpi yg pasti die bukan cicak ok die KUCING..korang jangan keliru di situu..smpai skrang dierah pun x tau npe nma die cicak coz ayh dierah yg bgi nma tuu...ayh dierah syg sngt2 dgn cicak..die pndai ambik ati org trmsuk arwah nnek dierah dulu..nnek dierah dulu pun syg dgn cicak nie...rmai syg dgn cicakk...ok jelezzz...Hihihi...bla time nak makan dierah ska ckp macam nie “cicak nak makan yee syg dlu”mesti korang smua fikir mcam mna die nak syg dierah...die syg dierah die gesel2 kpla die kat ppi dierah and then bru dierah tuangkan whiske die tuu...bla time dierah tdo jew msti die tdo jgak kat ats pala die..sngat2 mnja...die dgn org tak knal die akan lri spntas kilat..tpi kalau dgn org yg die knal die mnja sngt2...cicak nie kucing yg jnis blu die bla org tngok die brmnyak tau..tpi bla kte pgang blu die x brmnyakk pun...dierah tak bubuh tau mnyak kat blu die dn die brbdan pnjang mcam kucing hutan...rmai org yang datang umah dierah nak bli cicak...tpi mmng sorry2 bnyak2 laa mmng dierah tak kan jual wlaupun nak bli dgn hrga bribu2 pun...dierah tak kan jual...

Tpi syg umo die tak panjang...coz die trmakan racun...die sempat balikk tido kat blik ayh dierah...time tu die lmah sngat2 die cuma gerakan mata je bdan die smua tak bergerakk...die dpt rsa cicak dlm ksakitan...dierah dduk sblh ayh dierah and then ayh dierah ckp kat cicak mcam nie “cicak esk ayh bwak gi klnik ye”bunyi suara die sangat2 sedihh suara yg sngat perlahan dan tidak berdaya terlampau lmah..dan msa dierah tngok tu die kncing dn kncing die tuu kncing brdrah..dierah sdih sngt2 dierah tau die dlm ksakitan...Ke esok arinya benda yang dierah tak nak berlaku jugak cicak mninggalkan kmi smua time tu dierah baru bangun nak prgi skolah...lpaztu dierah prgi blik ayh nak tngok cicak time tu ayh dierah ade kat situ dgn cicak..ayh ckp cicak dah tak de..dierah mnangis dierah usap2 kpla die..dierah cium kplaa die...dierah sdih sngat2...dierah tngokk ayh dierah pun ngis time tuu mta ayh dierah merah berair..dierah taw ayh pun sedih sbab cicak dah tak de...tpi kmi smua dah redha...

Ok dah2 cite sedih2 nie...kang nangis pulakk dierah...skrang nie dierah nak knalkan mereka smua pda korang semua...jengg jengg jenggg...Hihihihi...


Jeng2...tengok takut kann kan kann...hai nama sya AMEL...Hihihi...amel nie mnja taw...kuku die tjam..tpi die bla dgn dierah die x prnah pun kluarkan kuku die...die bla fmily dierah tngok tv die bertengek laa kat sofa blkang kiteorg dduk tuu...jdi aksesori plakk..dierah ska haiwan yg pelik2...mcam igauna nie laa...Hihihi..
Nma die DINO...snang pnggil...Hahaha...die nie buas...mkn bnyak tpi duk kcik2 tu jew...bla nak bsar nie...sdap sikit nak pggang...Nie kcikk jew...x puas nak pgang nak pluk2 smua...x puass...cpat bsar yew DINO syg...Hehehe...
Nma die nie BLACKHIT...die nie klau lpaz sush nak tngkap blkk...lri pnya lju...seksa nak kejar die...tpi die ska dibelai...auww2..Hehehe...

Nie nama die nie CICO ska ggit org ggit mnja2...tak boleh tngok kaki org bergerak sikit die terkam trus...Nakai  tau awk nie cico..Hihihi...



Nma yang ats tuu MONTY sbab die naughty2 sngat nakai tau die...Bla org mkn die pun nak mkn skli mngda2...cepukk kang..Hehehe...Yang bwah tu nma die MAX sbab die grang tak blh usik time tido die ggit tngan kite...tpi klau time die hyperactive die ska main kejar2...








Selasa, 27 November 2012

PLIZZ JANGAN MAKAN BERBUNYI !!!



Pda ptg nie dierah nak kongsi cite pasal manusia yang makan BERBUNYI dierah x gemar manusia macam nie...Dierah kalau lepak makan2 dengan kawan2 dierah kalau ade salah satu makan bunyi mesti dierah tegur..Sbab itu untuk kebaikan dieorrang jugak kan bukannya nak mengibkan dn mnghina dieorg..Korang tau tak makan berbunyi tu macam mana? Orang yang makan berbunyi ni, semak mata memandang semak lagi telinga mendengar. Hmm...Makan berbunyi nie merupakan pantang bagi ayah dierah makan berbunyi sambil mengecap cap cap cap dan menghirup berbunyi slurrrpppp,samalahh untuk  meminta penampor yee harap maklum...

Makan berbunyi ni memang tak bagus. Bukan memang tak bagus je. Memang tak bagus langsung! Korang minat ke dengar orang makan berbunyi? Kalau orang Cina mungkin biasa la tapi ni Orang Melayu pun makan nak berbunyi. Kalau orang Terengganu cakap makan mecap. Sakit telinga bawak ke sakit hati je dengar.


Kalau makan keropok, kerepek, merepek, ayam goreng rangup, petai ke apa ke yang memang jenis kalau kita gigit berbunyi tu boleh diterima lagi. Tapi ni kalau jenis makan mecap ni yang bila makan bunyi "cap cap cap" ni, memang tak elok. Memang tak senonoh. Adab kot ni..


Dalam Islam, makan berbunyi ni memang tak digalakkan. Kalau makan guna sudu, garpu, sudu mangkuk tu kalau boleh jangan sengaja laga-lagakan bagi berbunyi. Sebab ni memang nampak kurang sopan dan kasar. Kurang sopan dan kasar ya (Sopan pulak bahasa aku).


Ini dierah cakap pasal adab makan yee. ADAB. Kalau ada yang nak marah tak apalah. Jangan marah dierah k, pergi marah adab. Kalau kena tegur makan berbunyi nanti mula nak tarik muka muncung. Kalau orang cakap tak ada adab lagi nak marah pulak. Dah macam mana?


Sekadar kongsi mengenai adab masa makan je. Takut nanti kalau kita pergi makan rumah bakal mak mentua ke apa ke tak ke malu muka? Kalau diorang kaitkan family tak pernah ajar pasal adab makan macam mana? Dah bertambah orang lain pulak malu sebab perangai kita. Haish.




Dulu dierah pun makan berbunyi, lepas selalu kena tegur kena marah dengan ayah dierah  baru lah dah hilang dah PERANGAI BURUK dierah tu...teruk kan dierahh..itu dulu ok...sekarang nie nono tak dah k..


Ok cuba bayangkan kalau kita pergi majlis makan, kenduri ke apa ke yang makan ramai-ramai. Orang lain makan elok beradab, datang kita ni tetiba makan berbunyi memecap. Apa lah orang cakap ya? Tak payah contoh pergi kenduri pun, cuba makan dengan kawan serumah 5, 6 orang. Kau sorang makan memecap mecap camtu? Nanti cuba lah buat. Kau tengok orang cakap apa. Tak tegur depan-depan nanti diorang cakap kat belakang. Malu ke tak?


Ni dierah kongsi adab makan je tau. Jangan lepas ni ada yang nak marah pulak.Dierah dah cakap tadi kalau nak marah pergi marah adab. Peace! ;)..Hihihi...

Dekat Facebook pun ada group benci orang makan berbunyi ni. Kalau omputehnya dia panggil Loud Eater! Ni pergi jenguk page I HATE loud eaters! dengan page I hate loud eaters! Just shut your mouth while chewing!!!! 

P/S: Tegur tak kena, cakap belakang lagi tak kena! Dah macam mana?

EGO PEREMPUAN



Pagi yang indah  kini sudah terang...Hihihi...Hey hey hey hey
Hari nie dierah nak cite pasal ego perempuan....Jangan ingat perempuan kat luar sana tak de egonya...ada egonya tapi tak lah tinggi egonya daripada lelaki....Opsss...jangan marah yee wahai jejaka idaman yang sedang baca nie...Hihihi...And now start my story....



Mungkin sesetengah lelaki akan fikir perempuan yang payah untuk mulakan apa-apa dahulu adalah kerana ego. Contohnya, sebelum couple, the guy did all the works. Dari bahagian meng’usha’, bersusah payah dptkan nombor telefon, ajak keluar hinggalah melamar jadi gf. Perempuan pilihan tu hanya tunggu and nantikan whats next. Tapi sebenarnya dalam proses menunggu tu, banyak yg berlaku. Korang dah tahu kan perempuan byk fikir, jadi dalam masa itu sebenarnya perempuan tengok keikhlasan lelaki tersebut, cara dia melayan, kaji latar belakang lelaki tu (kitaorang tak panggil ‘stalking’ kitaorang panggil ‘kaji selidik’ ). Even, baca artikel tentang hubungan (tak semua tetapi bagi yang pernah ada sejarah hitam dlam bercinta), tengah basuh pinggan, basuh baju semua pun fikir patut terima atau tak. Bagi mereka, sebab untuk tak memulakan dahulu takut nampak terhegeh-hegeh, seperti perempuan murahan senang sangat nak dapat sebab tu perempuan berikan cabaran selain tengok sejauh mana kesanggupan kesungguhan lelaki tu untuk dapatkan cinta tulus suci, auwww.

Perempuan bukan ego tetapi berhati-hati. Kalau diorang dah suka, diorang fikir cara tak nak bagi kau bosan tapi diorang masih letakkan benteng supaya tak mudah nak ceroboh hati diorang. Bila dah couple, mesti si lelaki yg mulakan semua, lama kelamaan lelaki rasa tak adil, bosan, jiwa kacau, tak disayangi. Memang tak adil tapi itu untuk sementara waktu bila perempuan tu dah betul2 selesa, able to lower their guards.Baru diorang nampak dan cuba untuk berubah secara Keep the communication going Kenalah bersabar dan tegur secara tidak langsung pun tak boleh buat ke? Perempuan tak mesej/sms atau call dulu bukan sebab ego tapi maruah. Bukanlah girlfriend korang langsung tak nak buat dulu kan cuma most of the time korang buat.Kalau korang tak mesej/sms atau call die akan tunggu tunggu dan tunggu mesej/sms atau call dari korang...fahamkan maksudnya...

Traditionally, biar lelaki nampak macho jadi gentleman, err comel. Perempuan suka macam tu, rasa diperlukan. Sebab diorang takut bila diorang mulakan, lelaki akan rasa selesa (comfort zone) dan serahkan semua pada perempuan, mula untuk ambil mudah, fikir yg apa2 pun perempuan tu tetap akan cari dia, kemudian rasa bosan dan usha awek lain. Takut ditinggalkan bila lelaki feel the urge to chase some other girls. Jadi kenapa masa nak usaha tak kisah buat semua kerja bila dah dapat, rasa selesa, kemudian bosan dan kejar perempuan lain? Rutin korang sama je kan.

Hargailah girlfriend korang, manjakan diorang secara berhemah,ke jalan ALLAH penting tuu ok...setia, komitmen sebab untungnya korang bila berjaya tawan hati perempuan idaman. Perempuan baik-baik yang perlukan usaha untuk dapat. Cabaran yang korang tempuhi adalah untuk kesenangan dimasa hadapan. Tinggi mana pun ego seorang perempuan itu tak akan dapat melampaui ego seorang lelaki. Kalau korang tahu handle girlfriend korang, korang akan tahu cara untuk puaskan hati diorang dan ya,bukan nafsu ok..kalau korang sayang gf korang..korang tak kan puaskannya dengan NAFSU...u know NAFSU...faham2 la yeee...berjaya kekalkan hubungan. Berkorbanlah sikit, dah kahwin nanti balas dendam suruh diorang masak ketam lemak cilia api dan jaga anak-anak yg ramai.Hihihi... ^_^

Girls, they build a wall not to let anyone in because they are afraid of uncertainty. When you manage to destroy the wall, you know you are one special guy. 

Isnin, 26 November 2012

TIPS MENJATUHKAN EGO LELAKI



Ini pendapat dierah la based on my experiences kan X-BF dierah dulu pun memang ego jugak,ego dia nie  dh sampai tahap teruk jugak lah tahap kritikal,sampaikan benda2 kecik pun dia tak nak mengalah,die je yang betul kadang2 tu sampai dierah naik meluat dengan die,asyik kite je yg nak kena ikut cakap dia.Kalau kita bangkang pendapat dia, langsung dia tak bleh terima.Die je yang betul apa yang kita cakap semuanya salah.
Anyway my advice is setiap lelaki pun memang ada ego dia sendiri tapi kite nie kena la pandai main peranan. mcm dierah sendiri kalau nak berhadapan dgn situasi ego nie,dierah just layankan je. tapi kalau dah melampau tu kita cakap je terus terang street the point ok yang kita tak selesa dgn sikap ego yg melampau tu..KENA BERANIKAN DIRI OK nie pun based on my past experinces la..
Dierah ade 7 tips macam mana nak MENJATUHKAN EGO LELAKI...Boleh try laa tapi kalau jadi apa2 dengan hubungan korang semua dierah tak bertanggungjawab ok...Tapi dierah rasa kalau korang semua ikut tips nie tak de apa2 yang akan terjadi kut dengan hubungan korang mybe hubungan korang akan menjadi lebih baik....Insyaallah...

1.BERSABAR
Untuk menjinakkan ego seorang lelaki perlukan kesabaran yang tinggi kerana lelaki juga sukar diduga. Anda perlu bersiap sedia untuk disakiti, dimalukan, apatah lagi diperbodoh apabila segala usaha anda tidak berhasil dan hanya sia-sia.


2. FAHAMI DIA
Fahami dia dalam erti kata lain ialah anda belajar menjadi stalker. Fahami dia adalah kunci kejayaan anda. Sedangkan dalam berperang, tentera juga perlu memahami strategi musuhnya untuk menang, jadi gunakan taktik yang sama! *Haish…Kuat berimiginasi aku nih…*  


3.HORMATI DIA 
Pertama sekali ialah belajar menghormati dia. Jika anda berharap si dia menghormati anda, anda perlu hormati dia dulu. Namun berbeza bagi setiap lelaki itu untuk belajar menerima apa yang anda cuba lakukan. Ada sesetengah lelaki akan beranggapan sudah menjadi lumrah alam perempuan tunduk dan patuh padanya. Malahan ada juga yang memahami dengan membalas kembali apa yang diberi. Apapun, menghormati itu adalah kunci kepada langkah yang seterusnya.


4.JANGAN BERTEKAK DENGAN DIA
Berhenti daripada mewujudkan suasana tegang antara anda. Jikalau anda rasakan dia tidak boleh menerima pendapat anda semata-mata untuk dia merasakan maruahnya tidak tercalar, biarkan saja. Biar dia saja yang rasa betul. Akhirnya nanti, dia akan dimalukan oleh perangai egonya sendiri sehingga tercalar egonya. Siapa tahu, mungkin dia akan sedar dan belajar merendahkan egonya. Apa yang penting, jangan sentiasa berharap untuk menang dalam setiap perbalahan dengan lelaki. Kerana ada hanya akan meninggikan egonya.


5. HARGAI DIA
Tahukah anda, kita di Malaysia ini terlalu disogokkan dengan cerita-cerita cinta yang terlalu kompleks sehinggakan terikut-ikut dengan cerita tersebut. Anda tak perlu bersusah payah terkejar-kejarkan si dia. Apa yang anda perlu ialah hargai dia. Jadikan tiap-tiap hari adalah hari untuk menghargai dia bukan hanya satu hari saja seperti yang dilakukan mereka hnya mnyambut Birthday sahaja. Ucapkan terima kasih sudah memadai. Penghargaan ibarat racun yang meracun diri secara halus tetapi amat berkesan!


 6.SAYANGI DIA
Cuba renungkan kembali kenapa anda ingin jatuhkan ego si dia.. Adakah kerana cinta? Atau adakah kerana anda telah tercinta si dia? Tanpa anda sedar, sebenarnya anda telah sayang pada dia. Ada sebabnya kenapa ego si dia diciptakan mempunyai ego, kerana si dia telah mewarnakan hidup anda. Jadi, anda mempunyai dua pilihan, jika anda ingin menjatuhkan ego dia semata-mata anda benci dia, baik anda menjauhkan diri anda daripada dia, kerana kelak apabila si dia sudah tiada, pasti anda akan teringat pada dia. Atau anda teruskan menyayangi si dia dengan menunjukkan kasih dan sayang anda pada si dia. Biarkan si dia tidak mengerti, lama kelamaan pasti si dia juga akan mula sayangkan anda. This is law of attraction! Apabila satu hati mencintai yang lain, satu lain tidak mencintai sebagaimana dia dicintai.


7. JANGAN MEMALUKAN DIA
Kalau anda benar-benar menjatuhkan ego dia, malukanlah dia dihadapan orang ramai. Ya, kemungkinan besar dia akan berlalu pergi daripada tempat itu malahan mungkin juga akan menangis. Mungkin itu yang anda ingin lihat sebagai seorang perempuan. Ops…Bukan perempuan, perempuan murahan. Kerana apabila anda menjatuhkan ego si dia apatah lagi menjatuhkan maruah dia di khalayak ramai, anda juga telah memalukan diri anda sendiri. Tetapi ingat, hidup anda tidak akan aman lagi kerana dibayangi oleh si dia yang pada bila-bila masa akan membalas kembali apa yang anda lakukan. Mungkin si dia akan kembali untuk meragut nyawa anda, atau mungkin orang yang anda sayangi.

Ahad, 25 November 2012

WAHAI WANITA JANGAN JADI BONGOK






Salam Isnin Kawan.....,

Ok hari nie dierah nak kongsikan bersama beberapa benda kecik yang ramai tak perasan...dan buat-buat tak perasan..,

Kebanyakan isteri zaman sekarang tidak selesa jika suami melebihkan ibu kandungnya  daripada isteri sendiri..hakikatnya, andai kata kita sudah tua..apa perasaan kita jika anak lelaki kita MELEBIHKAN ISTERINYA daripada kita sebagai ibu kandungnya?

Dierah alhamdulillah tak kawin lagi..Hihihi...pada yang dah kawin tuu...jangan jadi bongok mengatakan suami kita atau pasangan kita kalau rapat dengan Ibu kandungnya tu korang gelak kan sebab anak mak...ayat biasa yang digunakan :


"eee anak mak..tak bestnya"

" sikit2 dengan mak..bosannya"

Jangan jadi bongok ok..., sepatutnya bersyukur kalau dapat lelaki jenis yang macam ini sebab dia seorang anak yang soleh..!!!!! 

Sebagai isteri jalankan tanggungjawap sahaja ..insyaALLAH syurga la balasannya...('',)


via : lelaki soleh idaman wanita solehah


*********************

Sekian...Peace (~_^)v



p/s : TANGGUNGJAWAB seorang anak lelaki kepada ibu TIDAK AKAN PUTUS walaupun dia TELAH BERKAHWIN..tetapi tanggungjawab seorang anak perempuan adalah kepada SUAMINYA..

CARA MENGORAT LELAKI PEMALU



Dierah rasa sifat pemalu ni tidak mengira jantina maksudnya bukan ada pada wanita sahaja tetapi ada pada kaum lelaki juga yer dak..??? siapa yang tak setuju kena setuju jgak.Hahaha..

Wanita zaman sekarang ni lebih ramai daripada lelaki , jadi wahai wanita sila jangan malu nak mengorat lelaki ok..!! zaman sekarang ni sebenarnya lelaki lagi ramai pemalu dari wanita...hahaha *jangan percaya*

Ok dierah salah seorang perempuan yang ingin berkongsi tips2 kepada semua perempuan yang diluar sana dan dierah sangat2 terarik dengan artikel dari member dierah nie mengenai Cara Memikat Hati Seorang Lelaki Yang Pemalu..hihi


**************************

1. Sensitif

Cara pertama untuk memikat hati jejaka pemalu adalah dengan bersikap lebih sensitif. Sesetengah lelaki sukakan wanita yang agresif, tapi untuk jejaka pemalu, si gadis perlu lebih peka terhadap perasaan si jejaka. Jika terlalu mendesak, kemungkinan anda hanya menakutkan si dia. Perlahan-lahan tonjolkan diri anda dan anda bakal mendapat respon yang baik.

2. Bersikap Comel Dan Manis

Cara lain untuk memikat si dia adalah dengan bersikap secomel mungkin. Cuba latih diri anda untuk bersikap pura-pura malu walaupun anda adalah seorang yang sangat terbuka. Sensasikan dirinya dengan kiriman coklat dan bunga dan cuba untuk tersenyum simpul di hadapannya. Percayalah, taktik ini benar-benar mujarab untuk memikat si dia yang pemalu.

3. Bersikap Ramah
Sesetengah lelaki menyukai gadis yang tidak terlalu ‘sweet’ ataupun peramah, namun untuk kategori lelaki pemalu, mereka sebenarnya mencari gadis yang boleh dijadikan rakan. Cuba lah bersikap ramah dan bercakap dengannya apa jua topik semasa. Dari situ, anda akan jumpa persamaan diri masing-masing.

4. Jangan Gelojoh
Ingat bahawa jejaka pemalu tidak sukakan gadis yang terlalu mendesak dan agresif. Perlahan-lahan mengambil hati mereka ya. Memang benar gadis perlu mengambil langkah pertama tapi selepas itu perlahankan langkah anda, jadikan ia lebih semulajadi.

5. Kenali Si Dia

Apa sebenarnya yang jejaka pemalu inginkan? Ia tidak lain adalah mempunyai gadis yang ingin mengenali jiwa mereka. Jika anda mahukan cara terbaik memikat mereka, mulakan dengan langkah pertama bertanyakan tentang pelajarannya, kerjaya, keluarga dan apa yang mereka sukai di masa lapang. Percayalah, mereka sangat menyukai gadis yang bertanyakan hal mereka walaupun mereka nampak malu pada permulaan bicara. Usik sedikit dirinya secara sopan, nescaya dia lebih sukakan diri anda.

6. Pujilah Si Dia

Semua lelaki sukakan pujian. Seperti mana wanita, semua jejaka gemarkan wanita yang menyukai dirinya memberikan pujian. Mulakan dengan pujian yang lebih mudah contohnya anda sukakan warna baju atau fesyen terbaru rambutnya. Untuk yang lebih berani, puji bentuk tubuhnya. Pujian adalah kunci kepada hati lelaki!

7. Lakukan Secara Lembut

Apabila anda berurusan dengan lelaki yang benar-benar malu, salah satu cara untuk memikat si dia adalah lakukan semua perkara dengan secara lembut. Jadilah gadis yang mudah didekati, sentuh hatinya secara lembut dan halus dengan membiarkan dia tahu bahawa anda suka dia!

8. Gerak Bahasa Tubuh

Perhatikan bahasa tubuhnya adakah si jejaka benar-benar bertindak balas dan suka dengan usaha anda selama memikat si dia. Adakah dia mula memikat anda kembali? Mata anda selalu bertentangan? Jika ya, inilah tanda si dia mula memberi ruang kepada anda. Jika tidak, anda harus cuba lagi ya!

9. Bersikap Kelakar
Bila anda cuba memikat si jejaka pemalu, pastikan anda mempunyai personaliti yang benar menarik hati si dia. Anda boleh menjadi seorang yang kelakar dan usiklah si dia asalkan tidak sampai memalukannya. Ini mungkin boleh melegakan ketegangan di dalam dirinya.

Memikat jejaka pemalu tidaklah semudah memikat jejaka kebanyakan. Anda mungkin mahu main sedikit sehingga permainan, samada menjadikan diri anda lebih mudah didekati atau mendekati dia! Jadi wanita, jika ada jejaka pemalu dalam fikiran anda yang anda minati sekian lama, ayuh lakukan sekarang!


**************************

lelaki  pemalu ni, dia kalau sayang macam mana pun dekat perempuan tu dia steady jer..,('',)


Sekian...Peace (~_^)v

p/s : siapa ada pasangan dia pemalu...sombong dan pemalu beza k..('',)