Selasa, 27 November 2012

PLIZZ JANGAN MAKAN BERBUNYI !!!



Pda ptg nie dierah nak kongsi cite pasal manusia yang makan BERBUNYI dierah x gemar manusia macam nie...Dierah kalau lepak makan2 dengan kawan2 dierah kalau ade salah satu makan bunyi mesti dierah tegur..Sbab itu untuk kebaikan dieorrang jugak kan bukannya nak mengibkan dn mnghina dieorg..Korang tau tak makan berbunyi tu macam mana? Orang yang makan berbunyi ni, semak mata memandang semak lagi telinga mendengar. Hmm...Makan berbunyi nie merupakan pantang bagi ayah dierah makan berbunyi sambil mengecap cap cap cap dan menghirup berbunyi slurrrpppp,samalahh untuk  meminta penampor yee harap maklum...

Makan berbunyi ni memang tak bagus. Bukan memang tak bagus je. Memang tak bagus langsung! Korang minat ke dengar orang makan berbunyi? Kalau orang Cina mungkin biasa la tapi ni Orang Melayu pun makan nak berbunyi. Kalau orang Terengganu cakap makan mecap. Sakit telinga bawak ke sakit hati je dengar.


Kalau makan keropok, kerepek, merepek, ayam goreng rangup, petai ke apa ke yang memang jenis kalau kita gigit berbunyi tu boleh diterima lagi. Tapi ni kalau jenis makan mecap ni yang bila makan bunyi "cap cap cap" ni, memang tak elok. Memang tak senonoh. Adab kot ni..


Dalam Islam, makan berbunyi ni memang tak digalakkan. Kalau makan guna sudu, garpu, sudu mangkuk tu kalau boleh jangan sengaja laga-lagakan bagi berbunyi. Sebab ni memang nampak kurang sopan dan kasar. Kurang sopan dan kasar ya (Sopan pulak bahasa aku).


Ini dierah cakap pasal adab makan yee. ADAB. Kalau ada yang nak marah tak apalah. Jangan marah dierah k, pergi marah adab. Kalau kena tegur makan berbunyi nanti mula nak tarik muka muncung. Kalau orang cakap tak ada adab lagi nak marah pulak. Dah macam mana?


Sekadar kongsi mengenai adab masa makan je. Takut nanti kalau kita pergi makan rumah bakal mak mentua ke apa ke tak ke malu muka? Kalau diorang kaitkan family tak pernah ajar pasal adab makan macam mana? Dah bertambah orang lain pulak malu sebab perangai kita. Haish.




Dulu dierah pun makan berbunyi, lepas selalu kena tegur kena marah dengan ayah dierah  baru lah dah hilang dah PERANGAI BURUK dierah tu...teruk kan dierahh..itu dulu ok...sekarang nie nono tak dah k..


Ok cuba bayangkan kalau kita pergi majlis makan, kenduri ke apa ke yang makan ramai-ramai. Orang lain makan elok beradab, datang kita ni tetiba makan berbunyi memecap. Apa lah orang cakap ya? Tak payah contoh pergi kenduri pun, cuba makan dengan kawan serumah 5, 6 orang. Kau sorang makan memecap mecap camtu? Nanti cuba lah buat. Kau tengok orang cakap apa. Tak tegur depan-depan nanti diorang cakap kat belakang. Malu ke tak?


Ni dierah kongsi adab makan je tau. Jangan lepas ni ada yang nak marah pulak.Dierah dah cakap tadi kalau nak marah pergi marah adab. Peace! ;)..Hihihi...

Dekat Facebook pun ada group benci orang makan berbunyi ni. Kalau omputehnya dia panggil Loud Eater! Ni pergi jenguk page I HATE loud eaters! dengan page I hate loud eaters! Just shut your mouth while chewing!!!! 

P/S: Tegur tak kena, cakap belakang lagi tak kena! Dah macam mana?

4 ulasan:

KuBi berkata...

kalo mkn pastu pengsan camner lak?

Nur Irdina berkata...

kadang2 klau sunyi sepi sangat, makan tak berbunyi pon boleh jadi berbunyi.. dah memang ade yang tak boleh elak :D

Niena Reen berkata...

memang rasa nak lempang je orang makan berbunyi ni. haha!

Arjuna Silvera berkata...

kekadang org tu tak perasan asyik menikmati ja