Sabtu, 9 Jun 2012

~LEARN FROM THE MISTAKES~

18 LESSONS TO LEARN WHEN RELATIONSHIP ENDED 




#1 ~YOU DESERVE BETTER~
Percayalah,perginya boy itu akan datang penggati yang baru.Malahan,lebih baik daripada EX-BF korang yang dulu.Tak perlu merasa diri tu bersalah sangat.Kalau die tinggalkan korang,itu maknanya dia tidak SEPADAN dengan korang.Jadi korang berkesempatan mencari yang baru dan mana nak taw si dia lebih baik daripada EX korang.


#2 ~HIS BAD MANNER~
Tak usah bersedih sebaliknya korang sepatunya berasa lega sebab penyeksaan korang pun telah berakhir.Terlalu banyak sangat rahsia  yang disimpan oleh EX-BF korang sehingga korang masih mengenalinya walaupun usia perhubungun tersebut sudah mencecah hampir 3 TAHUN.Jadi langkah TERBAIK putuskan hubungan!


#3 ~FAIR FIGHT~
Cuba korang belajar daripada  PERTENGKARAN yang korang dan EX lakukan dulu.Klau dulu korang sangat BEREMOSI dan terus menerus NAIK ANGIN(ikut kpla korang jew)tanpa memberinya ruang untuk membetulkn kesilapannya.Jadi,untuk perhubungan cinta korang yang akan datang(COMMING SOON) cuba2lah BERTOLAK ANSUR ya!


#4 ~INNER THOUGHT~
Tidak perlu menjadi orang ketiga ketika menjalinkan hubungan cinta.Kalaupun perpisahan tersebut bukannya salah korang,TETAPKAN PEMIKIRAN untuk menjadikan perpisahan itu sesuatu yang POSITIF.Mungkin di luaran PERFECT,tapi sebernanya korang tu yang CEMBURU tak tentu pasal kut...


#5 ~PERSONAL INTEREST~
Kadang-kala apabila korang terlalu khusyuk bercinta,sampai terlupa mengenai hobi dan kegemaran yang korang GEMAR lakukan dulu.Jadi,inilah masanya korang perlu merebut KEBEBASAN dan kembali melakukan hobi yang sekian lama TERKUBUR tu...


#6 ~FRIEND REUNION~
Setelah hubungan cinta telah berakhir,korang pasti merasa kesepian.Apa kata,korang menghabiskan masa dengan menghubungi dan berjumpa kengkawan yang sudah sekian lama tidak bertemu tu.Pastikan korang memberitahu mereka bahawa korangsebernanya menghargai dan sangat menyanyangi mereka.Jangan lupa minta maaf dengan mereka sebab selama ini terlalu asyik bercinta dengan ex-BF sehingga terlupa kengkawan yang tunggu berita.


#7~OUT OF FOCUS~
Sudah jelas perpisahan pasti akan dihujani kesedihan.Tetapi,janganlah terlalu fokus memikirkan perpisahan tersebut.Jadi,inilah masa yang tepat untuk korang menyesuaikan diri dengan keadaan lain.Fikirkan faktor2 yang lain yang membuatkan korang bahagia.Jangan sampai kesedihan itu menghancurkan setiap bahagian hidup korang.



#8 ~BE RATIONAL~
Ya,memang korang sedang di ambang kesedihan tetapi jangan jadikan Facebook atau Twitter sebagai medium melepaskan kemarahan korang itu sehingga memburuk-burukkan ex-BF korang.Ini menjadikan keadaan semakin sulit dan sukar bagi korang untuk melupakannya.


#9 ~HE'S NOT THE BEST~
Sebenarnya masa yang telah menunjukkan kepada korang bahawa dia bukanlah boyz terbaik untuk dijadikan boyfriend.Ketika bersamanya,mungkin korang telah dibutakan oleh cinta.Selagi korang mampu berfikir kebaikan berpisah,maka semakin mudah korang dapat melupakan si dia.


#10 ~FIGHT OR LET GO THE RELATIONSHIP~
Ramai gurlz berusaha keras untuk mengembalikan hubungan cinta mereka.Masalahnya,kalau terlalu banyak sangat pengorbanan,sampai bila korang mahu menemui noktah kebahagiaan.Sudahnya,berserah sahaja percintaan itu sudah sampai ke penghujungnya.


#11 ~GIVE A SPACE FOR YOURSELF~
Jika sebelum ini,korang terlalu terburu-buru untuk bercinta,kali ini korang perlu menghargai waktu untuk mengenali orang baru.Jika korang merasakan tiga bulan adalah waktu yang paling tepat untuk mengenali si dia,maka jangan takut untuk berterus-terang kepadanya.


#12 ~DON'T FORCE YOURSELF~
Kebanyakan gurlz yang putus cinta,pasti akan cepat mendapat pengganti baru.Namun,jika korang tidak tergolong dalam kumpulan itu dan masih belum boleh menerima teman baru,lebih baik putuskan komunikasi dengannya jika itu membuat korang berasa lega.



#13 ~MAKE FRIENDS~
Meskipun hubungan dulu membuatkan korang serik untuk becinta lagi,tetapi janganlah sampai korang takut untuk bercinta lagi.Tidak semua boyz sama seperti ex-BF korang.jadi ramaikanlah kengkawan boyz supaya tidak salah pilih.



#14 ~BE YOURSELF~
Hurmm...inilah masalahnya! Kalau inginkan boyz yang handsome,terus jadi orang lain dan bukan diri sendiri.Korang pasti ke,kalau korang menipu dia akan menerima korang nanti.Jadi diri sendiri dan tidak perlu jadi manusia yang hipokrit.


#15 ~DON'T BE AFRAID~
Hubungan tidak akan sempurna jika korang takut kepada diri sendiri.Selepas putus cinta,korang harus belajar untuk bertahan dalam hidup dan tidak takut untuk hidup bersendirian agar  tidak mnerasa kesepian.


#16 ~YOU CANNOT CHANGE PEOPLE~
Apabila korang couple dengan ex-BF dulu,korang harap sangat si dia mengubah sifat dan sikapnya demi korang.Kalau si dia mahu berjumpa kengkawanya,korang mahu 24 jam masanya bersama korang dan bukan dengan orang lain.Sepatutnya,korang harus bertolak ansur dengan si dia,jangan terlalu mengharapkan nya untuk berubah.Sekarang nie si dia dah memberontak dan terus tinggalkan korang.Siapa yang merana?Korang jugak kan?


#17 ~BE STRONG ENOUGH~
Percintaan yang sudah bertahun-tahun lamanya terbina itu pastinya menghancurkan hati korang jika terkubur begitu sahaja.Namun,kini terbukti korang dapat melaluinya tanpa sedar.Korang sepatutnya bangga kerana dapat keluar dari kepompong perhubungan yang tidak baik.



#18 ~APPRECIATE YOURSELF~
Hidup menyendiri tanpa teman lelaki menjadikan diri lebih menghargai diri sendiri.Korang akan menjadi lebih berani untuk mengatakan ''YA'' untuk hal yang baik dan ''TIDAK'' jika hal tersebut buruk atau tidak menyenangkan diri korang.







Tiada ulasan: