Ahad, 22 April 2012

~PeNgOrBaNaN C.I.N.T.A SeOrAnG L.E.L.A.K.I~

Assalammualikum....Hye3 korang semua...hai cantek hai kacak hai akak hai abang...hope yg sdang bca entry kite nie shat2 la hendaknya yew...Hri nie kite nak cite psal tjuk kat ats tuu laa "PENGORBANAN CINTA SEORANG LELAKI"...Ok skrang kite mulakan cite ok...



BISMILLAHHIRAHMANNIRAHIM....(^___^)



"Awak"
"...awak sayang saya tak??"
Si dia membalas
"Emmm....awak..saya masih belum bersedia la awak dengan hubungan kita nie.Awak bagi saya sedikit masa lagi yew"
"Emm Ok"..Jawabku hampa sebab bukan jawapan tu yang aku harapkan dari si dia.

Sudah setahun berlalu ikatan yang terjalin antara aku dan dia.Namun,ikatan itu padanya suatu ikatan PERSAHABATAN biasa tiada apa yang istimewa padanya.Namun bagiku,dia adalah insan ISTIMEWA dalam hidupku,tiada yang lain melainkan dia.
"Awak..awak tengah buat apa tu?Jom msj awak,saya tengah bosan lor huhu...''
Si dia reply
''Sorry sangat2 awak,saya ade hal sikit nie,nanti2 kite msj yew..sorry yew awak''
Namun,bila tiada siapa hendak melayan dia,akulah tempat si dia cari dan meluahkan segala kesedihan.Kerana si dia berkongsi kegembiraan dengan orang lain.Tak mengapa,aku snaggup berkongi masalah denganya biar pun bila si dia senang si dia lagi suka berkongsi dengan orang lain.

''Awak...Jom kite pergi lunch sama2''(dalam wallet tinggal RM30 jew nie,RM20 tu pun pinjam dari kawan)
"Ok Jom"Si dia reply dengan gembira..
Si dia pulak ajak aku dinner.
"Awak,jom dinner nak tak??''
Aku membalas
"Err sorry awak,sebab sya dah makan dah pun tadi"
Si dia,''Ok next time kita dinner sama2 yew''
Sebernanya aku tak makan apa2 pun tadi,sebab aku takde duit...Lagipun si dia seperti tidak bersungguh ajak aku dinner,kalau tak mesti dia akan tanya aku betul2.Aku dah makan atau belum.Tak mengapa,aku sanggup berlapar dan berhutang deminya.


"Awak...awak sayang saya tak??''
Si dia membalas
"Awak,saya belum boleh bagi jawapan lagi untuk soalan awak nie taw...Haishh...''
Tak mengapa,aku sanggup menunggu kerana aku setia pada dia.
"Awak...tolang hantarkan saya ke office boleh tak awak?''kereta saya esok baru kelur workshop.Hari ni saya ada persentation dengan client''
"Boleh jew awk untuk awak''(time tu aku tengah buat keje,esok dateline untuk sumbit kalau tak siap abis la aku)
Aku..."Err awak,boleh tak tolong hantar saya ke office motor saya rosak la awak"
Si dia membalas
"Sorry sangat2 awak,kereta saya dah full sebab kawan2 tumpang''
Akhirnya aku lambat ke office untuk sumbit kertas keje dan aku dipecat.Disebabkan kelewatan aku tu,syarikat dah kehilangan projek berjuta2...Tak mengapa,aku sanggup kehilangan kerja asalkan si dia tidak kehilangan kerjanya.


Si dia "Errr awak...saya nak mintak tolong dengan awak nie.Saya terlibat dengan accident tapi saya takde duit untuk bayar ganti rugi kereta yang sya langgar nie''
Aku membalas "Yekew...ksiannn kat awak tak pew2 awak pakai duit saya dulu yew''
Aku kan dah kena pecat jadi mana ada duit lagi dah.Jadi aku jual motor kesayangan aku motor yang aku beli dengan usaha titik peluh aku sing malam aku keje untuk beli motor nie...Aku jual motor aku YAMAHA F2150i semata2 si dia dapat ganti kerugian kereta yang dia dah langgar tu.Tak mengapa,aku sanggup jual barang kesayangan aku asalkan si dia tidak perlu bersusah payah untuk mencari duit.


Aku...."Awak...awak sayang saya tak??''
Si dia membalas "Pleaseee awak...saya masih belum boleh jawab solan awak tu"
Aku berjalan kaki ke kedai untuk membeli roti kerana itu sahaja lah makanan yang aku mampu beli dan makan buat masa sekarang nie.Nak naik motor dah takde kena jual huhuhu...Entah macam mana,nampak si dia keluar dari kedai tu,baru lepas beli barang la agaknya.Aku cuba mendapatkan si dia namun sampai jew si dia die keretanya dia diganggu beberapa mamat mana entah...Ciss!!!takkan aku nak biarkan orang yang aku sayang di ganggu oleh orang lain.Aku pergi menyelamatkan keadaan.Aku suruh dia pergi dari situ secepat mungkin,namun aku dibelasah teruk oleh dua orang mamat tuu.Tak mengapa,aku sanggup belebam2 muka dan badan asalkan si dia selamat.Sebab aku telah berjanji pada diri aku.Aku akan sentiasa melindungi dia.

Si dia "Awak..Esok kita jumpa dekat tempat mula2 kita kenal dulu boleh tak awak??Saya ada somenthing nak bagi taw awak nie"
Aku membalas "Boleh2..untuk awak apa2 pun boleh''
Mungkin si dia nak bagi jawapan untuk soalan aku tu kot..Yess!!! Hehehehe....(^__^)
Si dia "Awak saya nak bagi taw awak,yang nie la BF saya sekarang nie.Saya bukanya tak nak kat awak tapi saya rasa awak nie tak mampu nak jaga saya.Yela awak kerja pun tak de lepastuu satu harta pun awak takde''


YA ALLAH!!!Tak kew dia sedar apa yang terjadi kat atas diriku semuanya kerana dia dan untuk dia.Sekarang nie aku dah faham untuk setiap tindakan dia buat kew atas aku sebelum nie.Busy nak msj dengan aku,sebab si dia busy msj dengan BF dia.Ajak aku dinner dengan dia,sebab waktu tu BF dia tak ajak dia keluar.Aku mintak tumpang kereta,tak bagi sebab BF dia ade sekali dalam kereta.Mintak kat aku duit,kononya tak nak menyushkan BF dia tu.Apa yang aku mampu buat,hanya mampu undurkan diri aku nie dari cinta yang tidak dipedulikan nie.


Alamakkk!!!Lupa nak pulangkan key chain yang dia bagi sebagai tanda pengenalan kami.Aku berlari cuba untuk dapatkan si dia yang ketika itu baru saje menaiki kereta dengan BF barunya untuk meninggalkan aku kat tempat tu.Selapas beberapa langkah,entah sudah nasib ku dilanggar oleh sebuah kereta dari arah sisi.Lalu aku jatuh rebah menyembah ke bumi dibasahi oleh darah yang tidak henti2 keluar dari mulutku.Aku sempat menoleh ke arah kereta si dia,namun si dia tidak memberhentikan kereta dan terus berlalu pergi begitu sahaja meninggalkan aku dalam keadaan hampir nyawaku di cabut malaikat maut...


Untuk hembusan nafas saya yang terakhir ingin saya katakan yang saya masih syangkan awak saya tak pernah berhenti untuk menyintai awak.Saya halalkan segala makan minum awak selama perkenalan kita nie.Saya harap awak berbahagia di sampingnya...







Selama ku masih bisa bertahan...

Selama ku masih bisa bernafas.....

Selama TUHAN masih mengizinkan....

Ku ingin selalu menjagamu....

2 ulasan:

susulemakmanis berkata...

OLOLO..touching pulak kite baca.hehe

Tanpa Nama berkata...

pehhh...leh la tulis novel pasni
=D