Ahad, 25 November 2012

CARA MENGORAT LELAKI PEMALU



Dierah rasa sifat pemalu ni tidak mengira jantina maksudnya bukan ada pada wanita sahaja tetapi ada pada kaum lelaki juga yer dak..??? siapa yang tak setuju kena setuju jgak.Hahaha..

Wanita zaman sekarang ni lebih ramai daripada lelaki , jadi wahai wanita sila jangan malu nak mengorat lelaki ok..!! zaman sekarang ni sebenarnya lelaki lagi ramai pemalu dari wanita...hahaha *jangan percaya*

Ok dierah salah seorang perempuan yang ingin berkongsi tips2 kepada semua perempuan yang diluar sana dan dierah sangat2 terarik dengan artikel dari member dierah nie mengenai Cara Memikat Hati Seorang Lelaki Yang Pemalu..hihi


**************************

1. Sensitif

Cara pertama untuk memikat hati jejaka pemalu adalah dengan bersikap lebih sensitif. Sesetengah lelaki sukakan wanita yang agresif, tapi untuk jejaka pemalu, si gadis perlu lebih peka terhadap perasaan si jejaka. Jika terlalu mendesak, kemungkinan anda hanya menakutkan si dia. Perlahan-lahan tonjolkan diri anda dan anda bakal mendapat respon yang baik.

2. Bersikap Comel Dan Manis

Cara lain untuk memikat si dia adalah dengan bersikap secomel mungkin. Cuba latih diri anda untuk bersikap pura-pura malu walaupun anda adalah seorang yang sangat terbuka. Sensasikan dirinya dengan kiriman coklat dan bunga dan cuba untuk tersenyum simpul di hadapannya. Percayalah, taktik ini benar-benar mujarab untuk memikat si dia yang pemalu.

3. Bersikap Ramah
Sesetengah lelaki menyukai gadis yang tidak terlalu ‘sweet’ ataupun peramah, namun untuk kategori lelaki pemalu, mereka sebenarnya mencari gadis yang boleh dijadikan rakan. Cuba lah bersikap ramah dan bercakap dengannya apa jua topik semasa. Dari situ, anda akan jumpa persamaan diri masing-masing.

4. Jangan Gelojoh
Ingat bahawa jejaka pemalu tidak sukakan gadis yang terlalu mendesak dan agresif. Perlahan-lahan mengambil hati mereka ya. Memang benar gadis perlu mengambil langkah pertama tapi selepas itu perlahankan langkah anda, jadikan ia lebih semulajadi.

5. Kenali Si Dia

Apa sebenarnya yang jejaka pemalu inginkan? Ia tidak lain adalah mempunyai gadis yang ingin mengenali jiwa mereka. Jika anda mahukan cara terbaik memikat mereka, mulakan dengan langkah pertama bertanyakan tentang pelajarannya, kerjaya, keluarga dan apa yang mereka sukai di masa lapang. Percayalah, mereka sangat menyukai gadis yang bertanyakan hal mereka walaupun mereka nampak malu pada permulaan bicara. Usik sedikit dirinya secara sopan, nescaya dia lebih sukakan diri anda.

6. Pujilah Si Dia

Semua lelaki sukakan pujian. Seperti mana wanita, semua jejaka gemarkan wanita yang menyukai dirinya memberikan pujian. Mulakan dengan pujian yang lebih mudah contohnya anda sukakan warna baju atau fesyen terbaru rambutnya. Untuk yang lebih berani, puji bentuk tubuhnya. Pujian adalah kunci kepada hati lelaki!

7. Lakukan Secara Lembut

Apabila anda berurusan dengan lelaki yang benar-benar malu, salah satu cara untuk memikat si dia adalah lakukan semua perkara dengan secara lembut. Jadilah gadis yang mudah didekati, sentuh hatinya secara lembut dan halus dengan membiarkan dia tahu bahawa anda suka dia!

8. Gerak Bahasa Tubuh

Perhatikan bahasa tubuhnya adakah si jejaka benar-benar bertindak balas dan suka dengan usaha anda selama memikat si dia. Adakah dia mula memikat anda kembali? Mata anda selalu bertentangan? Jika ya, inilah tanda si dia mula memberi ruang kepada anda. Jika tidak, anda harus cuba lagi ya!

9. Bersikap Kelakar
Bila anda cuba memikat si jejaka pemalu, pastikan anda mempunyai personaliti yang benar menarik hati si dia. Anda boleh menjadi seorang yang kelakar dan usiklah si dia asalkan tidak sampai memalukannya. Ini mungkin boleh melegakan ketegangan di dalam dirinya.

Memikat jejaka pemalu tidaklah semudah memikat jejaka kebanyakan. Anda mungkin mahu main sedikit sehingga permainan, samada menjadikan diri anda lebih mudah didekati atau mendekati dia! Jadi wanita, jika ada jejaka pemalu dalam fikiran anda yang anda minati sekian lama, ayuh lakukan sekarang!


**************************

lelaki  pemalu ni, dia kalau sayang macam mana pun dekat perempuan tu dia steady jer..,('',)


Sekian...Peace (~_^)v

p/s : siapa ada pasangan dia pemalu...sombong dan pemalu beza k..('',)

Sabtu, 24 November 2012

TIPS MENGORAT AWEK !!!



MENGORAT AWEK CUN TEPI JALAN


Adalah susah untuk mengorat awek yang tidak dikenali di tepi jalan, di pasar raya atau di pasar malam. Mula-mula kita kena pastikan yang dia sedang berjalan-jalan dengan kawan-kawannya dan bukan suami atau keluarga.

Kuatkan keyakinan diri untuk menegur awek tersebut. Muka mestilah selamba dan tidak mengelabah. Pastikan senyuman anda menarik hati dan tidak menakutkan. Pakaian perlulah kemas supaya awek tersebut yakin anda orang baik-baik.


Pastikan ayat-ayat permulaan sesuai dengan suasana. Contohnya ;- Banyak shopping hari ni? Nak kemana? Sorang sahaja ke? Rasa macam kenal saje, tapi tak ingat kat mana? Kalau responsnya positif, bolehlah teruskan perbualan. Jika tidak, baik blah sahaja. Hehehe...





MENGORAT AWEK DENGAN BIJAK

Kebiasaannya adalah susah untuk mengorat awek yang bijak. Kerana Awek ini tidak mudah termakan dengan kata-kata yang manis. Awek ini juga dapat mengenalpasti dengan mudah jika anda menipu atau tidak. Pastikan setiap yang keluar dari mulut anda adalah benar belaka. Berlaku jujurlah dalam setiap tindakan anda.
Jika ada yang tidak kena dengan pakaian atau make-upnya, jangan pandai-pandai pula memuji, kerana awek ini boleh mengenalpasti riak wajah anda tidak selari dengan kata-kata. Tidak salah berterus terang, asalkan pemilihan perkataan itu tidak menyakitkan hati atau keterlaluan. Seeloknya guna perkataan yang positif seperti “ I rasa lagi cantik kalau u nipiskan sikit make up u, ia lebih sesuai dengan personality u yang simple dan elegent”. Nah, teguran dalam pujian. Ini contoh je. Hehehe..
Jangan pula suka menabur janji-janji yang anda sendiri tidak yakin boleh menepatinya. Sekali anda gagal memenuhi, pasti awek ini susah untuk mempercayai anda dan mungkin dia akan mengungkit kesilapan tersebut setiap kali ada perselisihan antara anda berdua.

Awek yang bijak kebiasaannya mempunyai tanggapan yang tinggi terhadap pasangannya. Mereka mencari seseorang yang setaraf, atau yang lebih berjaya daripadanya. Pastikan taraf anda lebih tinggi daripadanya sebelum membuat keputusan untuk mengoratnya. Paling kurang pun anda ada perniagaan yang berdaya maju atau pun bekerja dengan syarikat corporate yang besar bagi menaikkan status anda.





MENGORAT AWEK SEPEJABAT

Anda mempunyai peluang yang banyak jika ingin mengorat awek sepejabat, terutama jika anda mempunyai jawatan yang lebih tinggi daripada awek tersebut. Anda boleh menggunakan kuasa anda untuk memikat awek ini, dan awek ini pasti takut jika menolak ajakan anda untuk keluar. Jika ia menolak, bagi sahaja alasan bahawa itu urusan kerja. Dan jika anda rakan sekerja pula, anda berpeluang menghulurkan pertolongan dalam aspek kerja. Ringan-ringankan le tangan tu. Lama-lama dia pasti terpikat dengan kebaikan anda.
Tetapi, sebelum anda mengorat awek sepejabat, anda perlu fikirkan risiko yang bakal anda hadapi.
Pertama, pergerakan dan percakapan anda akan menjadi terhad kerana ditakuti awek yang ingin anda ngorat itu menjadi cemburu terutama jika anda berbual-bual dengan pekerja wanita yang lain.

Anda juga berpotensi untuk menjadi berat sebelah dalam hal-hal yang berkaitan dengan kerja seperti penilaian prestasi, tindakan disiplin dan pengagihan tugas serta kenaikan pangkat atau gaji.

Lebih teruk jika berlaku krisis di antara anda dan awek yang ingin anda ngorat itu hingga boleh menyebabkan prestasi kerja anda teruk dan kebarangkalian anda di pindahkan ke jabatan lain amat lah tinggi.

Dengan ini, adalah dinasihat supaya anda tidak meneruskan niat anda untuk mengorat awek sepejabat, kecuali jika anda merancang untuk berpindah jabatan ataupun tempat kerja.







Jumaat, 23 November 2012

APA ITU MARAH ??


ASSALAMMUALIKUM W.B.T



Marah

Perasaan marah adalah naluri semulajadi yang disediakan yang disediakan oleh Allah pada setiap makhluk yang bernyawa atau haiwan,terutama manusia untuk menjadi alat senjata diri manusia.Naluri ini yang melahirkan suatu daya kekuatan yang menggerakkan manusia mengambil tindakan,sama ada untuk mempertahankan diri,maruah dan harta atau untuk membalas dendam ataupun untuk mencari kepuasan nafsu marahnya.Daya marah ini bertempat pada hati.Manakala ada sebab yang membangkitkannya maka akan lahirlah maka akan lahirlah daya marah.

Peringkat Marah

Pertama:Peringkat kelemahan daya marah sehingga ke peringkat ketiadaan rasa marah.Peringkat ini adalah tercela kerana ketiadaan rasa marah boleh membawa kepada dayus dan bacul.Menurut Imam Syafie orang yang tidak mempunyai rasa marah bila berhadapan dengan sebab yang menimbulkan kemarahan adalah seekor himar.Allah telah memuji para sahabat kerana sifat mereka yang Asyidda ‘ala al kuffar,malah RasulNya telah diperintah supaya berlaku keras terhadap orang kafir yang memusuhi Islam dan golongan munafiqun.Sifat tersebut adalah momentum dari naluri marah dalam diri manusia.
Kedua:Peringkat daya marah yang keterlaluan dan melampaui batas iaitu ketika sifat ini keluar dari kawalan akal dan pimpinan agama sehingga kehilangan kewarasan akal bahkan perlakuan seperti dirasuk syaitan.Ada dua sebab yang menjadikan seseorang bersifat pemarah yang keterlaluan iaitu:
a)      Berpunca  dari perkara yang bersifat naluri seperti sifat semulajadi seseorang iaitu panas baran.
b)      Berpunca dari perkara yang dibiasakan,di mana sifat marahnya itu terbentuk dalam dirinya melalui didikan sama ada secara sedar ataupun tidak seperti membiasakan diri bergaul dengan golongan manusia yang bangga dengan sifat pemarah untuk menunjukkan keberanian dan kejantanan lebih-lebih lagi diberikan galakkan dan rangsangan.


P/S KALAU MARAH MAKAN CEKELAT BNYAK2 NOH... ^_^

Khamis, 22 November 2012

GENG2 GOMO FM TERBEAKK !!!


ASSALAMMUALIKUM...
Arinie nak cite psai pew erkk ??? mikirrr2....Haaaa...dierah nak cite psai chat box yg dierah join nie...best wooo wooo wooo opss terover plakk...Hehehe...tmbh lgi klau DJ abam KUBI tuu ngetop2 gituu....lwakk siot die tuu sportingg...Mmng x rugi dierah join group tuu...ari2 dierah lpak situu...Hehehe...dierah klau on9 FB sblh lgi open new tab GOMO FM   smbil2 berFB smbil dngaq lagu nohh...Syiokkk abis...smpai FB pun dierah x lyn dh skrang lyn gomo fm jew...Hehehe...Hampa2 pun jom laa join smaa...x kna byaq pun..FREE jew...smbil2 tuu dpt mnambhkan knalan korang smua...dn mnigkatkn follower blog hampa...
Dierah pun dlu ade join stu chat box nie tpi skrang nie dh x de lingkup or bankrap...dont know laa kn...best jgak chat box tu lbih kurang sma laa mcam chat box gomo fm tuu...tpi x de laa animasi2 cam gomo fm tuu...tak silap dierah time dierah form 4 dierah join chat box tuu...rmai kwn2 dierah kat fb dri dlm chat box tuu...dn skrang still cntct kat FB lgi...
Geng2 chat kat gomo fm pun smuanya sporting2 baikk lgi tuu...baikk kew kome2 tu semuaa...Hahaha...kbnyakan dari blogger2 laa...hampa join laaa meke2 smua x smbong...prmah smuanya...Majoriti meke2 smua dari pantai timur sna...mcam dierah nie utara..x brp nok fham pew meke2 kecek smua...tpi dierah nie jnis mka tmbok pnya tnya jew la klau x pham pew yg meke2 kecek kan tuu...
Join laa rmai2  GOMO FM RADIO  terbeakk dari sawah padi....Hehehe...

Tak de pew2 motif pun -_-''

Sabtu, 17 November 2012

PRAY FOR GAZA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T Ù„سَلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ



#PRAY FOR GAZA#
♥ ALLAH
♥ MUHAMMAD
♥ ISLAM
♥ PALESTINE

♥ KINDNESS

LAHILLAHAILLAHLLAH MUHAMMADARASULULLALLAH :D






Selamatkan Gaza! Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran manakala kanak-kanak, wanita, orang-orang tua, pesakit-pesakit serta ribuan yang lain turut berada di kemuncak krisis kemanusiaan di Gaza.



Situasi yang amat kritikal yang sedang berlaku di Gaza ini adalah kerana konspirasi jahat yang dilakukan oleh Yahudi Zionis dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS daripada memerintah Gaza semenjak tahun 2006. Kepungan yang sudah menjangkau dua tahun yang dilakukan oleh rejim Zionis telah memberikan pelbagai kesengsaraan yang berpanjangan kepada rakyat Palestin. Kemuncaknya, akibat gelaran 'entiti musuh' yang telah diluluskan oleh kabinet Israel terhadap HAMAS di Gaza, penduduknya yang seramai 1.5 juta orang telah menerima hukuman secara kolektif daripada Israel.

Masyarakat tempatan dan antarabangsa mengetahui bahawa pilihanraya yang bersih telah berlangsung pada Januari 2006 dengan HAMAS menguasai Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dengan mengalahkan Parti Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas (Abu Mazein). Pilihanraya yang telah diperhatikan oleh PBB dan diakui sendiri oleh mantan Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter sebagai pemerhati bebas; merupakan pilihanraya yang bersih dan terhindar daripada segala penipuan. Malangnya rejim yahudi zionis tidak memperakui kehendak majoriti rakyat Palestin dengan memperhebatkan serangan tanpa mengira waktu dan tempat, umur dan jantina sehingga menyebabkan rakyat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza yang hanya seluas 360 km menderita kesengsaraan. Bukan setakat itu sahaja, sekatan demi sekatan terutamanya kemasukan keperluan utama rakyat Palestin dikuasai sepenuhnya oleh rejim zionis sehinggalah kemuncaknya apa yang berlaku sekarang ini.



Keadaan di Semenanjung Gaza amat menyedihkan dengan bekalan ubat-ubatan, makanan, barangan keperluan asasi yang lain terutamanya minyak telah disekat kemasukannya oleh rejim zionis melalui pintu-pintu sempadan yang dikawal oleh mereka. Bekalan tenaga elektrik juga tidak dapat diagihkan akibat sekatan kemasukan petrol ke Gaza. Hospital tidak dapat beroperasi dengan para pesakit terus mengalami kesakitan dan ada yang mati kerana kesejukan serta pembedahan yang tidak dapat dilakukan. Anak-anak kecil menangis kelaparan kerana kilang roti tidak dapat membekalkan roti disebabkan bekalan tepung tidak diperolehi. Para pesakit yang ada di hospital terus mengalami penderitaan dan kesakitan kerana ubat yang sepatutnya diberikan kepada mereka tidak diperolehi kerana bekalan ubat tidak sampai. Bayi yang dilahirkan tidak mendapat makanan yang mencukupi yang boleh mengakibatkan kematian, anak-anak yang bersekolah terus menghadapi pelbagai kesusahan kerana bekalan elektrik yang diputuskan dan malam yang gelap adalah fenomena yang terpaksa diterima oleh rakyat Palestin di Gaza. Akibat kesengsaraan dan kezaliman yang berterusan tanpa ada suara pemimpin antarabangsa termasuklah daripada negara Islam sendiri; meletupkan tembok pemisah gergasi di Rafah adalah penyelesaian sementara yang dilakukan oleh pasukan keselamatan HAMAS bagi menyelamatkan rakyat Gaza daripada terus kebuluran dan tidak mendapat keperluan asasi yang sepatutnya diterima sebagai seorang manusia. Adalah diharapkan kerajaan Mesir tidak menutup kembali sempadan Rafah kerana itulah satu-satunya jalan yang digunakan oleh rakyat Palestin di Gaza bagi mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian mereka.

Umat Islam di seluruh dunia perlu menginsafi hakikat ini. Keperitan yang dialami oleh rakyat Palestin yang sudahpun terlalu menderita semenjak tahun 1948 lagi perlu dikongsi oleh seluruh manusia khususnya umat Islam. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap keprihatinannya sama ada di dalam isu-isu kemanusia dan isu-isu perjuangan untuk kebebasan perlu mengambil bahagian dengan memberikan sumbangan yang tidak berbelah-bahagi kepada rakyat Palestin. Jika dahulu semasa era penjajahan negara-negara kuasa-kuasa besar terhadap negara-negara lain di dunia ini termasuklah di Malaysia, penentangan yang dilakukan terhadap rakyat negara dijajah adalah terhadap negara yang menjajah. Penentangan ini boleh dilihat melalui perjuangan yang dilakukan oleh rakyat negara ini menentang British dan juga Jepun. Walaubagaimanapun apa yang berlaku di Palestin amat berbeza sekali. Ini adalah kerana Palestin dijajah oleh seluruh dunia yang didokongi oleh rejim zionis melalui proksinya Amerika Syarikat. Kesatuan Eropah dan negara-negara lain berganding bahu melumpuhkan Palestin terutamanya di Gaza melalui pelbagai sekatan yang mereka lakukan terhadap rakyat Palestin. Rakyat Palestin berjuang bersendirian bagi memastikan kebebasan mutlak diperolehi oleh mereka. Persengkokolan kuasa-kuasa besar bagi memastikan Palestin terus 'diratah' oleh rejim zionis menunjukkan apa sebenarnya yang dilakukan oleh dunia kepada Palestin khususnya di Semenanjung Gaza.

Keadaan aman yang dirasai oleh rakyat Malaysia perlulah disyukuri dengan nikmat pemberian Tuhan ini. Walaubagaimanapun adakah kita perlu melupakan saudara seakidah kita di Palestin khususnya di Gaza. Adakah kita terfikir di saat kita menyuapkan roti canai dan nasi lemak setiap pagi sama ada di hotel atau di warung, rakyat Palestin di Gaza sedang bertarung dengan nyawa untuk mendapatkan sekeping roti. Adakah kita menyedari di saat kita sedang sakit dan sedang menjalani rawatan di hospital swasta mahupun hospital kerajaan swasta tidak kira kelas berapa, rakyat Palestin di Gaza tidak memperolehi pun ubat-ubat asasi yang diperlukan oleh mereka. Adakah kita menginsafi, kesusahan yang kita alami di Malaysia sekarang masih lagi ada yang prihatin untuk membantu sedang rakyat Palestin di Gaza tiada siapa yang membantu atau prihatin terhadap mereka. Atas dasar sifat kemanusiaan, atas dasar persaudaraan seislam dan atas dasar pegangan akidah, rakyat Palestin di Gaza perlu dibantu.SAVE GAZA !!!.. 


Ramai dari kita yang mempersoalkan kenapa Israel sering menjadi kanak-kanak Palestin sebagai sasaran mereka? Ada pihak yang mengatakan itu memang tabiat puak Yahudi Israel yang kejam dan biadab sejak azali dan ada juga yang mengatakan mereka (Israel) takut akan perkembangan kanak-kanak Palestin. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan lebih masuk akal. Itulah alasan mengapa Israel sering menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kelompok pejuang Hamas tentunya.
Salah seorang pimpinan Hamas, Ismali Haniya mengatakan, kanak-kanak yang sudah menghafal 30 juzuk Al-quran ini sesungguhnya menjadi sumber utama ketakutan puak Zionis Yahudi.
“Jika dalam usia semuda itu mereka sudah boleh menguasai Al-quran, bayangkan 20 tahun lagi apa yang akan dikuasai oleh mereka?” demikian cara pemikiran yang berkembang pada fikiran masyarakat Yahudi. Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-quran. Keadaan Semenanjung Gaza yang dipagari dari segala arah oleh Yahudi Israel menjadikan mereka berterusan cenderung untuk berinteraksi dengan al-Qur’an. Tidak ada istilah bermain permainan PlayStation dalam kamus kehidupan mereka.
Seperti yang kita ketahui, pihak HAMAS menyatakan syarat-syarat yang amat berat untuk menjadi anggota pejuang mereka, diantaranya seseorang itu perlu lah menjadi Hafiz Al-Qur’an dan tidak pernah meninggalkan ssolat fardu terutama sekali solat subuh. Peperangan panjang antara Yahudi mungkin akan berlanjutan entah beberapa generasi lagi.
Oleh itu, hendaklah kita belajar dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap masa, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak sedikit pun menjadi kesan kepada niat mereka untuk dekat dengan Al-quran dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh mengenai agama Islam. Yahudi Israel memang hebat dalam memiliki segala jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi paling tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang lebih tinggi, mereka berani untuk mati syahid demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka.



APA ITU HAMAS?

HAMAS adalah orang-orang yang membawa nyawa mereka di pundak mereka, berjihad di jalan Allah dan tidak takut dan gentar terhadap celaan siapapun. 

Mereka adalah orang-orang tugas utamanya membebaskan tanah yang diberkati Allah untuk semua alam. Orang-orang yang membuang dunia dan hidup di bawah bombardier senjata api, blockade kawan dan lawan. Sebenarnya, mereka boleh meninggalkan negeri mereka dan warganya, kemudian hidup secara individualistic, mereka akan memiliki harta yang banyak. Namun surga telah memenuhi pikiran dan hidup mereka. 
Mereka adalah kaum yang mengorbanankan nyawa para pimpinannya yang enggap hidup di istana seperti kebanyakan pemimpin Arab sementara rakyatnya mengalami derita blockade dan pesakitan. 

Mereka adalah orang-orang yang membawa Al-Quran dan As-Sunnah, membaca sejarah dan kenyataan, dan memahami arti dari jihad dan perdamaian, dan hukum-hukum perang dan perdamaian, dan mekanisme yang berjuang dan negosiasi, dan memahami cara untuk mengambil faktor-faktor dengan tetap penuh tawakal pada Allah. Mereka adalah orang-orang yang membawa misi mengangkat maruah umat Islam, mengembalikan kehormatan mereka yang terampas dan harga diri yang hilang. Semoga Allah membalas mereka dengan balasan yang baik. 
Demi Allah, saya bahagia hidup di zaman mereka. Setiap kesedihan merasuk di dalam diri atau luka di belahan bumi Islam lain, kemudian saya khawatir untuk putus ada dan gagal, saya membaca sejarah Hamas dan realiti yang mereka hadapi. Kemudian saya bersemangat kembali. Saya kembali berbahagia dan bersemangat, dan produktif. 
Hal ini akan selalu terjadi ketika kita membaca kisah-kisah mujahidin, kaum pengubah dan ulama. Semangat itu pulih ketika kita menelaah kehidupan Alib Arslan, Nouruddin Mahmud, Salaheddin Al-Ayubi, Mudlaffar Qutz, ketika meninjau perikehidupan di Al-Bukhari dan Muslim, Asy-Syafei dan Ibnu Hanbal dan Ibnu Ezz Abdel-Salam, Ibnu Taymiyah. 
Hal ini juga terjadi ketika belajar kehidupan Ahmed Yassin dan Rantisi, Abu Shanab, Akl, Yahya Ayyash, Hamas dan Al-Zahar, Hamas dan lain-lain, dan pahlawan umat lainnya. 
Ini tidak berarti mereka adalah orang-orang tanpa kesalahan, atau mereka makshum (terjaga dari kesalahan) seperti para nabi. Saya tahu boleh jadi benar dan boleh jadi salah, boleh berhasil dan boleh gagal, namun tetap pada akhirnya mereka adalah pertama di mata umat Islam. Saya sedih ketika media-media cetak dan elektronik melakukan perang media menyerang jamaah ini. Bahkan di media Yahudi saja tidak seperti itu. Banyak tudingan dan kebohongan atas mereka. Ada yang menuding mereka loyak kepada Iran, ada yang menuding cinta jabatan, ada yang menuding mereka tidak membaca peristiwa dengan mendalam. Seakan yang bijak di jaman ini adalah menaikkan bendera putih dan mengumumkan menyerah tanpa syarat.Sedih tapi tidak terkejut. 
Sebab suatu periode dan tempat tidak akan bebas dari orang-orang munafik. 
Orang-orang munafik adalah orang-orang dengan nama Islam, dan tinggal di negara-negara Muslim, melakukan beberapa ritual shalat dan puasa, tetapi mereka membawa kedngkian dalam hati melebihi kedengkian Yahudi, Kristen dan atheists
terhadap umat Islam sendiri. Orang-orang kafir telah nyata-nyata memerangi orang mukmin. Namun orang-orang munafik licik untuk menyatakan hal itu. Karenanya mereka bingung dan plin-plan. Mereka shalat tapi benci kepada orang shalat, syahadat tapi membenci orang bertauhid, hidup di negeri muslim namun ingin negerinya jatuh di tangan musuh Islam. 
Karenanya, mereka sangat benci kepada jasad para mujahidin dan mukhlisin. Mereka tak segan melangar tubuh-tubuh mereka dengan kereta tanpa belas kasihan.
- DR RAGHIB AS-SIRJANI -

"Ya allah, menangkanlah kami ke atas mereka kaum kafirin"





Isnin, 1 Oktober 2012

7 Tips Untuk Cemerlang Dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan


Assalammualikum Semua dan Salam Sejahtera...

Lma dah kmi x tak update blog kann kann...Rnduu kmi erkk...Hehehe...K perasann sngat...Btw,kmi nak cite psai exam majoriti org duk cite pasai FINAL EXAM,PMR,SPM,STPM smua kann...Antaraa hdup dn mti laa ktanyaa laa kann...Thun nie ftin pun ambik  exam...exam pew plakk ftin ambikk nie thun lpaz dh ambikk..thun nie pun nak ambik lgi kew??Plakk dhhh....Exam STPM laa bgi SEM 1...Ftin kan PRA-U la ktakan...Bdak skloh rpnya ftin niee...Hehehe...X lyak msuk "U" sobsob sedihh....Berbalik pda PRA-U nie kan..Skrang nie PRA-U kan dah tukar sistem pembelajaran...So Alhamdulilah batch ftin ade la batch yg first mengikuti sistem baru nie...Agak snang laa...Sbab exam STPM nie yg start pda 05/11/2012 nie hnya msuk pembelajaran bgi SEM 1 jew kann...Mcam bdak ''U" laa kann...Tpi mmng btul2 kna struggle...So skrang nie ftin nak kongsi tips untuk cemerlang dan persediaan menghadapi peperiksaan kat korang semua termsuk laa diri ftin nie kan...Salah sorang yg akn mnghdapai STPM SEM 1 thun nie....Jom kte amalkan brsma tips2 nie okeyh!!



Bismillahirrahmanirrahim…



Bagi pelajar peringkat menengah yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM boleh menggunakan tip ini sebagai panduan pembelajaran dan persediaan anda.

Terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah :

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard,di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. Dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel.

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.


6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh menggangu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Okeyhh...korang semua dh taw kan tips2 die kn...Hrap pew yg kte pelajari slma nie and thun nie...Akn mndapat hasil yg setimpalnya yg kte plajari dn dpt juga kte mngembirankan ibu bpa kte dgn kptusan yg kte perolehi nti ats usha kte yg tdak prnah knal erti jemu untk bljar shinggakan kte mndapt kptusan yg cmerlang....Akhir skli slpas kte berjuang hbis2san mnjwab peperiksaan,jgn pulak kte lupaa disertai juga tawakal dn brdoa supya kptusan kte cemerlang...


Ftin doakan kpa smua kwn2 ftin akak2 abg2 adk2 yg akn mngmbil exam thun nie...Smoga brjya yew...Berjuang hbis2san...Jwb exam dgn hati yg tenang dn lapang..Smoga kte smua akn mndpt kptusan yg cemerlang... ( ;


Selasa, 19 Jun 2012

FIRST DAY FORM 6

ASSALAMMUALIKUM
Ehemmm2....Hehehehe...Ari nie aku nak cite hari pertama masuk form 6...Hahaha kelakar bla pkir blk psai tadi...Time nak turun kete...Cam biasa laa kan salam abah and ibu..My mum tgurr "Laa awat tngn sejuk gedi"...Hahahaha...Aku mampu tersenyum jew..X taw dh nak ckp pew...Ari nie ari ISNIN kan so semua kolah ade perhimpunan rasmi pda ari isnin...Aku bdak baruu yang x taw selok belok kolah tuu...And then aku main redahh jew laa kan...wat2 mcam aku taw kolah tuu.....Hahahaha....form baju kolah die warna oren bju and tdung and then kain hitam...Dlunya form 6 nie bju putih and tdung and then kain hitam...Tapi sekarang nie sudahh tukarr laa...Aku x pkai bju oren tuu pun akuu pkai bju putih and kain hitam....Aku tngok kat dewan tuu bnyak la dak2 pakai bju oren aku pun time tuu x tntu arah aku follow jew dieorang...Hahahaha...Semua bdk2 yg aku follow tuu semuanya x knal...Dieorg smuanya husha aku pelikk jew...Hahaha tetapi aku tidak endahkan buat muka slumber and cool jew...Tapi dlm ati kmi ALLAH sja yang taw...sebab aku cari kwn aku x jmpa2 die kata nak tnggu aku depan pgar kecik tuu tapi x de pun...Pew lagi mengelabahh laa akuu tpi still wat rilex2 jew cam biasa...Hahahaha....Time tuu aku x tenteram gilaa...Duk kat sini x kna duk kat sna pun x kna...Semua x kna abis...5 6 kali aku ulang alik msuk dewan...Cari kwn aku tuu laa...coz die satu klaz dgn akuu...Tu yg nak cari die tuu...Dlm 15 mnit camtuu loceng pun bunyi...Perghh..aku pew lagi time tuu duk berletiaq laa sorang2 aku kat kwn akuu...x smpai2 lgi loceng dah bunyi aku dah la x biasa tempat nie...Adoyai...Mengelabahh gila aku nie cari sana sini mcam cri emas permata dengan telitinya aku cari...Haishh...Klau hampa nak taw aku nie dah laa rabun time tuu x pkai sepek mata pulakk tuu...mata aku smpai sepet2 nak cam kwn aku pnya pasai....And then lpaz 5 minit...Aku ade nmpk ade org lambai2 kat akuu....Aku zoom mata aku nie sikit...Bru cam SYAHIRAH kwn aku dri kolah rendah menengah smpai skrang...Haaa smpai jgak makcik kecik tuu tenang ati akuu...Time msuk klaz bljar PENGAJIAN AM...Adoyai wei seriuz aku ckp aku x fham lngsungg subjek niee...subjek lain ok best,tapi subjek pengajian am niee aku x fham sngt2...buknya sikit2 tpi bnyk hampa taw x...Lpaztuu aku ckp kat syahirah "Wei aku rsa aku x blh laa bwak subjek niee"..And then die ckp "Ftin hg blh..x pew nti aku ajar hg yg mna yg hg x fham..dont worry laa k...yakin pda diri hg yg hg blh bwak subjek nie''...Aku syang hg syahirah die la membangkitkan semangat aku semula...Kalau tak aku memang rsa down sngt2...rsa memng btul2 aku x blh bwak cam dah give up semua...Tapi sebaik ade syahirah nie kekasih ati akuu...Cewahhh...Hehehehe....Btw,walau macam mna pun aku akan berusha sedaya upaya aku yang aku mampu buat bgi fham jugak subjek tuu mna nak taw nti lma2 blh jdi salah satu subjek feveret aku kann...Mna nak taw...Subjekk eco,bm,sjrh memang best...Alhamdulilah...pew yang diterangkan smuanya aku fham...Kwn2 doakan kte ok supya kte blh fham dgn subjek pengajian am niee and subjek2 lain... (^__~)