Jumaat, 26 April 2013

WANITA TIDAK SUKA LELAKI

Ada beberapa perkara yang wanita tidak suka. Jika korang berniat untuk memikat wanita  pastikan korang tidak melakukan perkara yang mungkin akan membuat wanita menjauhi korang dan tidak akan menerima korang.





CAKAP BESAR
Wanita tidak suka lelaki yang bercakap besar. Biarlah korang nie seorang yang berkemampuan, tapi tak payah la nak menunjuk-nunjuk berlagak dan cakap besar korang tu.Membuatkan si dia menyampah dengan sifat korang tu.

KEDEKUT
Jangan sesekali nak kedekut sangat untuk si dia.Dia mungkin nak  menguji korang je tu. Ramai lelaki yang mungkin ingin berjimat tapi dia lupa sampai bersikap kedekut. Nak bayar makanan pun kedekut susah la kalau kahwin nanti kan?Fikir-fikirkan laa bro!

SOMBONG
Janganla terlalu sombong sangat ingat dah cukup bagus sangat la diri tu.Dia pasti tak suka  pada kawan dan saudara maranya jika kamu seorang yang sombong dan tak suka bergaul dengan orang lain. Bergaul lah dengan ramah dan mesra agar diri kamu diterima oleh semua pihak.

PEMALAS
Belum ada ikatan lagi kamu dah tunjukkan sikap pemalas kamu. Bangun lambat, baju kedut seribu tak bergosok, malas mandi, malas bila disuruh. Ha…kalau dia angkat kaki memang bukan salah dia lah tu.

TIDAK SOLAT
Nak menjadi pemimpin kamu perlu tunjukkan sikap yang baik. Jika baru bercinta dah nampak malas solat, macam mana kamu nak bimbing dia jadi hamba Allah yang baik. Tak solat macam mana nanti nak jadi imam pada si dia dan anak-anak kamu.

PENGOTOR
Wanita paling geli lelaki pengotor. Ada sesetengah lelaki gemar meludah merata-rata bila keluar berjalan. Ada juga yang gemar mencungkil gigi lepas makan tanpa menutup mulut, baju pakai berkali-kali walau sudah berbau, kuku panjang dan hitam. Semua benda yang kotor akan wanita perhatikan dalam diri kamu dan akhirnya dia akan pergi meninggalkan kamu.

BUSUK
Bila pengotor mula lah timbul bau yang tak sedap dihidu. Mulut berbau memeningkan kepala si dia sehingga mual. Gigi berkarat mungkin sebab malas gosok gigi atau tak memberus gigi  dan berkumur dengan betul. Bau badan yang sangat kuat sehingga dia tak selesa berjalan seiringan dengan kamu.

GARANG
Jangan lah belum apa-apa dah mula tunjuk taring. Garang tak tentu pasal pada si dia akan buat dia benci pada kamu. Belum apa-apa kamu dah cuba tunjuk belang pada si dia.

PENIPU
AWAS awas dan awas u know awass..good,bila dia dapati kamu menipu dia akan angkat tangan dan say bye bye good bye pada kamu.padan muka mungg :p

MEROKOK
Bukan semua wanita suka lelaki perokok. Kasih Suci sendiri tak suka lelaki yang merokok. Tak boleh bau rokok. Sebab tu benda ni nampak remeh tapi jadi besar pada mereka yang sensitif tak suka pada bau rokok dan perangai suka merokok di tempat awam terutamanya.

Harap wahai lelaki yang budiman di luar sana perhatikan tingkah laku hampa tu agar tidak melakukan perkara yang wanita tidak suka agar mereka tidak melarikan diri mereka meninggalkan hampa di kemudian hari. ^_^..

1 ulasan:

Cik Nor berkata...

like your entry...:)