Sabtu, 24 November 2012

TIPS MENGORAT AWEK !!!



MENGORAT AWEK CUN TEPI JALAN


Adalah susah untuk mengorat awek yang tidak dikenali di tepi jalan, di pasar raya atau di pasar malam. Mula-mula kita kena pastikan yang dia sedang berjalan-jalan dengan kawan-kawannya dan bukan suami atau keluarga.

Kuatkan keyakinan diri untuk menegur awek tersebut. Muka mestilah selamba dan tidak mengelabah. Pastikan senyuman anda menarik hati dan tidak menakutkan. Pakaian perlulah kemas supaya awek tersebut yakin anda orang baik-baik.


Pastikan ayat-ayat permulaan sesuai dengan suasana. Contohnya ;- Banyak shopping hari ni? Nak kemana? Sorang sahaja ke? Rasa macam kenal saje, tapi tak ingat kat mana? Kalau responsnya positif, bolehlah teruskan perbualan. Jika tidak, baik blah sahaja. Hehehe...





MENGORAT AWEK DENGAN BIJAK

Kebiasaannya adalah susah untuk mengorat awek yang bijak. Kerana Awek ini tidak mudah termakan dengan kata-kata yang manis. Awek ini juga dapat mengenalpasti dengan mudah jika anda menipu atau tidak. Pastikan setiap yang keluar dari mulut anda adalah benar belaka. Berlaku jujurlah dalam setiap tindakan anda.
Jika ada yang tidak kena dengan pakaian atau make-upnya, jangan pandai-pandai pula memuji, kerana awek ini boleh mengenalpasti riak wajah anda tidak selari dengan kata-kata. Tidak salah berterus terang, asalkan pemilihan perkataan itu tidak menyakitkan hati atau keterlaluan. Seeloknya guna perkataan yang positif seperti “ I rasa lagi cantik kalau u nipiskan sikit make up u, ia lebih sesuai dengan personality u yang simple dan elegent”. Nah, teguran dalam pujian. Ini contoh je. Hehehe..
Jangan pula suka menabur janji-janji yang anda sendiri tidak yakin boleh menepatinya. Sekali anda gagal memenuhi, pasti awek ini susah untuk mempercayai anda dan mungkin dia akan mengungkit kesilapan tersebut setiap kali ada perselisihan antara anda berdua.

Awek yang bijak kebiasaannya mempunyai tanggapan yang tinggi terhadap pasangannya. Mereka mencari seseorang yang setaraf, atau yang lebih berjaya daripadanya. Pastikan taraf anda lebih tinggi daripadanya sebelum membuat keputusan untuk mengoratnya. Paling kurang pun anda ada perniagaan yang berdaya maju atau pun bekerja dengan syarikat corporate yang besar bagi menaikkan status anda.





MENGORAT AWEK SEPEJABAT

Anda mempunyai peluang yang banyak jika ingin mengorat awek sepejabat, terutama jika anda mempunyai jawatan yang lebih tinggi daripada awek tersebut. Anda boleh menggunakan kuasa anda untuk memikat awek ini, dan awek ini pasti takut jika menolak ajakan anda untuk keluar. Jika ia menolak, bagi sahaja alasan bahawa itu urusan kerja. Dan jika anda rakan sekerja pula, anda berpeluang menghulurkan pertolongan dalam aspek kerja. Ringan-ringankan le tangan tu. Lama-lama dia pasti terpikat dengan kebaikan anda.
Tetapi, sebelum anda mengorat awek sepejabat, anda perlu fikirkan risiko yang bakal anda hadapi.
Pertama, pergerakan dan percakapan anda akan menjadi terhad kerana ditakuti awek yang ingin anda ngorat itu menjadi cemburu terutama jika anda berbual-bual dengan pekerja wanita yang lain.

Anda juga berpotensi untuk menjadi berat sebelah dalam hal-hal yang berkaitan dengan kerja seperti penilaian prestasi, tindakan disiplin dan pengagihan tugas serta kenaikan pangkat atau gaji.

Lebih teruk jika berlaku krisis di antara anda dan awek yang ingin anda ngorat itu hingga boleh menyebabkan prestasi kerja anda teruk dan kebarangkalian anda di pindahkan ke jabatan lain amat lah tinggi.

Dengan ini, adalah dinasihat supaya anda tidak meneruskan niat anda untuk mengorat awek sepejabat, kecuali jika anda merancang untuk berpindah jabatan ataupun tempat kerja.







2 ulasan:

kubigomofm berkata...

hai dirah,, lawa la awk hehehe (leh ker guna ayat camni nk ngorat)

Dierah Nadhirah berkata...

Boleh sahaja...

Gud Luck..Chaiyokk2...

kahkah...