Jumaat, 23 November 2012

APA ITU MARAH ??


ASSALAMMUALIKUM W.B.T



Marah

Perasaan marah adalah naluri semulajadi yang disediakan yang disediakan oleh Allah pada setiap makhluk yang bernyawa atau haiwan,terutama manusia untuk menjadi alat senjata diri manusia.Naluri ini yang melahirkan suatu daya kekuatan yang menggerakkan manusia mengambil tindakan,sama ada untuk mempertahankan diri,maruah dan harta atau untuk membalas dendam ataupun untuk mencari kepuasan nafsu marahnya.Daya marah ini bertempat pada hati.Manakala ada sebab yang membangkitkannya maka akan lahirlah maka akan lahirlah daya marah.

Peringkat Marah

Pertama:Peringkat kelemahan daya marah sehingga ke peringkat ketiadaan rasa marah.Peringkat ini adalah tercela kerana ketiadaan rasa marah boleh membawa kepada dayus dan bacul.Menurut Imam Syafie orang yang tidak mempunyai rasa marah bila berhadapan dengan sebab yang menimbulkan kemarahan adalah seekor himar.Allah telah memuji para sahabat kerana sifat mereka yang Asyidda ‘ala al kuffar,malah RasulNya telah diperintah supaya berlaku keras terhadap orang kafir yang memusuhi Islam dan golongan munafiqun.Sifat tersebut adalah momentum dari naluri marah dalam diri manusia.
Kedua:Peringkat daya marah yang keterlaluan dan melampaui batas iaitu ketika sifat ini keluar dari kawalan akal dan pimpinan agama sehingga kehilangan kewarasan akal bahkan perlakuan seperti dirasuk syaitan.Ada dua sebab yang menjadikan seseorang bersifat pemarah yang keterlaluan iaitu:
a)      Berpunca  dari perkara yang bersifat naluri seperti sifat semulajadi seseorang iaitu panas baran.
b)      Berpunca dari perkara yang dibiasakan,di mana sifat marahnya itu terbentuk dalam dirinya melalui didikan sama ada secara sedar ataupun tidak seperti membiasakan diri bergaul dengan golongan manusia yang bangga dengan sifat pemarah untuk menunjukkan keberanian dan kejantanan lebih-lebih lagi diberikan galakkan dan rangsangan.


P/S KALAU MARAH MAKAN CEKELAT BNYAK2 NOH... ^_^

3 ulasan:

kubigomofm berkata...

kalo marah pegi mandi cepat2 krn bila x mandi kita akan berbau spt kambing hahahaha

Dierah Nadhirah berkata...

mcam abam kubi.. kahkah..
tpi ape kna mngena dgn kmbing...
ksiann kmbing diprslhkan...

Razil Tahir berkata...

selalu sangat try nak cool.. tapi sometimes tak perasan. Papepun, jangan buat kabing marah ok?